Tuesday, March 22, 2011

Nombor Kod Kain Pengakap

Material baju
Jenis baju :  viscose
Warna : kelabu
Nombor : TL8888 / T308

Material Seluar
Jenis seluar : Hisofy
Warna : Biru gelap
Nombor : TH3243 /305

Monday, March 21, 2011

Kem Keahlian Pengakap 169

Tarikh : 26-27 Mac 2011
Tempat : SMK S4 KD
Dibuka kepada semua ahli pengakap 169.

Thursday, March 17, 2011

Tahniah diucapkan kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak

Tahniah diucapkan kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana telah memperoleh anugerah Bintang Semangat Padi Kelas Pertama yang merupakan anugerah paling tertinggi dalam Persekutuan Pengakap Malaysia semalam.




PUTRAJAYA: Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini dianugerahkan Bintang Semangat Padi Kelas Pertama (Emas) daripada Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM). 


Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan anugerah itu sempena Majlis Pengurniaan Bintang dan Pingat PPM peringkat kebangsaan di Istana Melawati di sini, hari ini.
Bintang Semangat Padi adalah anugerah tertinggi PPM yang disampaikan kepada tokoh-tokoh terbilang dan penerima yang layak hanya daripada kalangan pemimpin negeri dan negara.

Pada majlis itu, Raja Permaisuri Agong turut dimahsyurkan selaku Pesuruhjaya Pengakap Negara Kehormat, manakala Perdana Menteri diisytihar sebagai Presiden Agung Pengakap Malaysia. 

Turut hadir Ketua Pengakap Negara, Datuk Seri Dr Shafie Mohd Salleh. 

Seramai 130 orang dikurniakan bintang dan pingat hari ini iaitu Bintang Pahlawan, Bintang Semangat Padi Perak, Bintang Semangat Rimba Emas, Bintang Semangat Rimba Perak, Bintang Semangat Rimba Perak (Kehormat) serta pingat perkhidmatan Gemilang dan pingat perkhidmatan Cemerlang. 

Ia dikurniakan sebagai pengiktirafan kepada pemimpin-pemimpin pengakap yang berjasa kepada bangsa dan negara selaras dengan komitmen terhadap PPM. 
Anugerah khas Bintang Pahlawan iaitu anugerah tertinggi yang diberi kepada pemimpin dan anggota-anggota pengakap yang memberi khidmat dalam menyelamatkan nyawa dan harta benda masyarakat sekelilingnya diterima Pengakap Remaja Sekolah Menengah Kapar Indah iaitu Muhammad Syazwan Zakaria. 

Sementara itu, antara penerima Bintang Semangat Padi Perak iaitu anugerah kedua tertinggi PPM adalah Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. 

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Noriah Kasnon adalah antara penerima Bintang Semangat Rimba Perak iaitu anugerah yang disampaikan kepada tokoh-tokoh yang memberi perkhidmatan dan bakti terpuji kepada pergerakan Pengakap. - BERNAMA 


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RajaPermaisuriAgong_PMterimaanugerahtertinggiPengakap/Article