Thursday, January 20, 2011

Ujian Lencana Usaha

1. Bendera Malaysia dan Negeri
2. Lagu Negaraku dan lagu negeri
3. Menaikkan bendera
4. Nama orang kenamaan
5. Persetiaan pengakap dan undang-undang pengakap
6. Asas perbarisan
7. Kawat tongkat
8. Isyarat tangan pengakap
9. Halangan Komando
10. Melipat dan mengibarkan bendera
11. Menjaga, menyimpan kapak dan gergaji
12. Simpulan dan ikatan
      -Simpul himpit (Fisherman's knot)
      -Simpul pulih (Sheep Shank)
      -Bunga geti berganda (Double sheet bend)
      -Lilit balak (Timber Hitch)
      -Lilit taut line (Taut line hitch)
      -Ikatan seraya (Square Lashing)
      -Ikatan serong (Diagonal Lashing)
13.Undang-undang lalu lintas
14. Memilih tapak perkhemahan
15. Keperluan peribadi perkhemahan
16. Alat pertolongan cemas peribadi
17. Menghidupkan api
18. Mendiri dan menurunkan khemah kecil
19. Berkhemah sekurang-kurangnya satu malam
20. Arah mata angin dan menggunakan kompas
21. Isyarat sulit pengakap
22. Mengembara enam km
23. Kraf tangan
24. Plaster cast
25. Balutan anduh
26. Tindakan kecemasan
27. Mengetahui tempat-tempat penting
28. Memandu pelawat

Ujian Lencana Keahlian

1. Peraturan pakaian seragam pengakap
2. Prinsip Rukun Negara
3. Lambang pengakap Malaysia dan pengakap dunia
4. Persetiaan dan undang-undang pengakap
5. Hormat dan cogan kata pengakap
6. Sejarah pengakap Malaysia dan pengakap dunia
7. Simpulan
    -Simpulan Buku Sila (Reef Knot)
    -Simpul Bunga Geti (Bowline)
    -Simpul Manuk (Clove Hitch)
    -Simpul Tindih Kasih (Sheet Bend)
    -Lilit Dua Simpul
    -Lilit Pemati Biasa

Format Buku Log

Saiz dan ketebalanSaiz Buku Log yang sesuai adalah 21 cm x 32 cm dengan ketebalan 200 muka surat dan berkulit tebal. (200 Foolscap Book)


Kulit Luar (Cover)
1) Kulit luar buku amat penting dijaga agar ianya tahan lama dan tidak mudah rosak. 

2) Sebaiknya kulit buku tersebut dibalut dengan plastic (pvc book wrapper) agar tidak mudah binasa akibat basah.
3) Logo bagi ujian atau lencana berkaitan boleh dilekatkan bagi memudahkan penulis serta pemeriksa membezakan buku-buku log yang ada mengikut isi kandungannya.



Halaman pertama
1) Halaman pertama merupakan halaman yang paling penting kerana di sinilah selalunya para pemeriksa dapat membuat pemerhatian umum dan mengagak kesungguhan penulis dalam menyediakan buku tersebut (First impression evaluation).

2) Sebaik-baiknya halaman pertama dimuatkan dengan maklumat peribadi penulis. Contoh maklumat adalah seperti berikut :

A) Maklumat AsasNama Penuh
No. Sijil Lahir / Kad Pengenalan
Tarikh dan Tempat Lahir
No. telefon / Telefon bimbit
Alamat e-mail / url
Alamat surat menyurat

B) Maklumat KepengakapanTarikh Mula Berpengakap
Nama Sekawan / Patrol (terkini)
No. Kumpulan / Troop / Krew (terkini)
Nama dan alamat Sekolah (terkini)
Daerah (terkini)

C) Maklumat Waris dan Alamat PerhubunganAlamat tetap
Nama Bapa dan pekerjaannya
No. telefon / Telefon bimbit
Nama Ibu dan PekerjaannyaNo. telefon / Telefon bimbit



Halaman kedua
1) Halaman kedua selalunya adalah lebih baik dimuatkan kandungan atau sukatan bagi ujian lencana (bagi buku log lencana). 

2) Ruangan untuk tandatangan pengesahan pemimpin beserta tarikhnya juga harus disediakan di tepi kanan setiap tajuk ujian yang disenaraikan.
3) Di masa lepas, setiap Pengakap dibekalkan dengan 'Kad Ujian' (Laporan Kemajuan) mengandungi sukatan ujian serta ruangan tandatangan Pemimpin. Dan kad ini dilekatkan pada buku log.
4) Pada hari ini, Buku Log berfungsi sebagai 'Kad Ujian' bagi setiap ahli Pengakap.




Ruangan Catatan di setiap muka surat

Adalah dicadangkan agar ruangan selebar 1 – 2 inci disediakan di sebelah kanan setiap muka surat di dalam buku log. Ini adalah untuk memudahkan perkara-perkara berikut :
1) Ruangan bagi komen, ulasan dan pengesahan pemeriksa buku.
2) Pembetulan fakta yang perlu dibuat selepas selesai penulisan.
3) Penambahan fakta
(jika tertinggal semasa menulis nota / fakta yang diperolehi sesudah penulisan nota)

Foto, lakaran dan sampel di dalam buku log

1) Penulis bebas untuk menggunakan foto, lakaran, lukisan mahupun sebarang bentuk ilustrasi untuk menyokong laporan ataupun nota di dalam buku log mereka. Namun, ianya haruslah tulen dan menggambarkan perkara sebenar mengikut skim ataupun berdasarkan pengalaman ataupun apa yang telah dilakukan oleh penulis.

2) Untuk tugasan tertentu contohnya di dalam Pengembaraan di mana ahli Pengakap diarahkan untuk mengumpulkan sampel tertentu seperti tumbuhan, serangga dan sebagainya, penulis buku log haruslah mempelajari teknik mengawet (sekiranya perlu) dan sampel boleh dilekatkan di dalam buku log mereka.

3) Lakaran ataupun lukisan sebaik-baiknya dilukis sendiri oleh penulis. Pemeriksa buku log tidak menilai atas cantik atau tidaknya sesebuah lukisan yang dibuat di dalam buku log,Apa yang lebih penting ialah penulis berupaya menyampaikan laporan serta nota dengan jelas hasil dari kerja tangan mereka sendiri.


Bentuk penulisan dan isi nota

Penulisan di dalam Buku Log haruslah benar, asli dan jelas. Penulis haruslah menggunakan ayat yang ringkas tetapi padat, tepat dan jelas. Elakkan penggunaan ayat yang panjang berjela-jela.

Apakah yang perlu dimuatkan di dalam Catatan peribadi?

Buku Log Catatan Peribadi lebih merupakan 'Profail' diri penulis secara keseluruhan.
Di dalam buku tersebut, antara bahan-bahan yang boleh dimuatkan adalah seperti berikut :
1) Maklumat lengkap penglibatan dalam Pengakap
2) Kursus-kursus yang telah dihadiri (beserta salinan sijil berkaitan)
3) Ujian-ujian yang telah dilepasi (beserta salinan sijil berkaitan)
4) Kemahiran khusus atau luar skim latihan yang dimiliki.

Kesimpulan
1) Apa yang dicatatkan di dalam Buku Log haruslah berbentuk laporan terhadap apa yang telah dilakukan oleh penulis dan bukannya SALINAN nota dari bahan rujukan lain. (Kecuali sesetengah nota yang berbentuk fakta seperti lagu kebangsaan, tugas dan fungsi jawatan-jawatan tertenu dan sebagainya).

2) Buku Log adalah merupakan nadi kepengakapan seseorang ahli Pengakap. Ianya merupakan bukti kepada kesungguhan, komitmen serta penglibatan ahli dalam aktiviti, program dan ujian sepanjang mereka berpengakap.

Sumber : scoutinginsabah.blogspot.com
Diambil dari:

Buku Log

Dalam dunia kepengakapan, sesebuah laporan kemajuan, pencapaian dan aktiviti bertulis atau dicatatkan oleh seseorang Pengakap yang mengambil sesuatu ujian lencana atau anugerah adalah dipanggil sebagai ‘Buku Log’.

Buku Log seharusnya mengandungi catatan rekod yang diharapkan boleh dijadikan panduan, laporan dan juga pengesahan terhadap penglibatan seseorang Pengakap itu. Ianya juga boleh merupakan rakaman peristiwa yang berlaku dan catatan harian bagi sesuatu aktiviti Pengakap.

Sehubungan itu, seseorang pencatat buku log haruslah mengasah kemahiran meneliti dan menghalusi pemahaman terhadap persekitarannya serta mampu pula menzahirkannya dalam bentuk penulisan, lakaran mahupun bantuan visual ataupun grafik.

Di dalam buku log ahli Pengakap, Pemimpin juga boleh mencatat komen terhadap penulisan serta memberikan pengesahan terhadap ujian yang diambil oleh ahli Pengakap tersebut.

NOTA:
Semasa Ujian Pentarafan Pengakap Raja, buku log peserta akan diperiksa oleh Lembaga Pentaraf Pengakap Raja Negeri untuk melihat sejarah serta penglibatan peserta dalam Kepengakapan secara keseluruhan. Jadi, pemeriksa akan mengharapkan yang peserta akan melampirkan atau melekatkan salinan sijil-sijil kelulusan bagi lencana dan ujian terbabit di dalam buku log mereka.


Setakat ini, tiada had piawai bagi jumlah mukasurat sesebuah buku log. Namun berdasarkan pengalaman, buku log yang baik hendaklah mempunyai sekitar 200 – 300 helaian dan sebaiknya yang berkulit tebal agar ianya boleh disimpan dengan baik pada satu jangka masa yang lama.



UNIT PENGAKAP MUDA

1) Catatan Peribadi (Maklumat diri) + Lencana Keahlian - 1 buku
2) Lencana Usaha - 1 buku
3) Lencana Maju - 1 buku
4) Lencana Jaya + Rambu Pengakap Muda - 1 buku
5) Buku Log Lencana Kepandaian, Kegemaran dan Pengetahuan - 8 buku
6) Buku Log Pengembaraan - 1 buku

UNIT PENGAKAP REMAJA

1) Lencana Ekspedisi - 1 buku
2) Lencana Jayadiri - 1 buku
3) Lencana Kegiatan - 1 buku
4) Lencana Kemahiran - 1 buku
5) Lencana Perkhidmatan - 1 buku
6) Ujian Sikap - 1 buku


* Bagi semua unit-unit Pengakap di atas, program atau aktiviti tambahan yang disertai seperti perkhemahan, kursus, jambori dan sebagainya boleh dimuatkan dalam 1 buku berasingan.
Kegunaan Buku Log sebenarnya bukan hanya terhad kepada ahli Pengakap yang ingin mengambil ujian. Pemimpin serta Pesuruhjaya Pengakap juga masih boleh menggunakan kaedah buku log untuk merekodkan benda-benda seperti berikut :

- Kemajuan atau prestasi ahli Pengakap di bawah bimbingannya.
- Kursus dan seminar yang dijalani
- Jambori dan perkhemahan yang dihadiri
- ‘Trip’ atau rombongan lawatan yang disertai

Organisasi Pengakap Negara:


Yang di-Pertuan Agong : Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah 
Raja Permaisuri Agong : Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah / Sultanah Nur Zahirah
Sultan Negeri Selangor : Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj
Ketua Pengakap Negara : Dato' Seri Dr. Haji Shafie Bin Haji Mohd Salleh
Timbalan Ketua Pengakap Negara : Tan Sri Mustapha Kamal Bin Abu Bakar
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara : Dato' Haji Kaharudin bin Momin
Timbalan Ketua Pesuruhjaya Negara (Antarabangsa) : Dr Mohammed Mukhyuddin bin Sarwani
Timbalan Ketua Pesuruhjaya Negara (Latihan) : Haji Abdul Shukor bin Mohsin
Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor : Tuan Haji Ishak bin Mohd Jonid
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Petaling : Encik Ghasid bin Salleh
Pentadbiran dan Pendaftaran Kumpulan Daerah Petaling : Encik Ngoo Kee Min

Biodate Baden Powell (Pengasas Scouts)

Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell
Nama Singkatan : BP
Tarikh Lahir : 22 Februari 1857
Tempat Lahir : London, England
Pendidikan Awal : Charter House, London
Pekerjaan : Bekas Mejar Tentera British
Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell
Nama Isteri : Lady Olive Baden Powell
Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941

Sejarah Pengakap Dunia

Pengakap telah diasaskan oleh seorang bangsa lnggeris bernama Robert Stephenson Smyth Baden-Powell yang terkenal dengan nama Lord Baden-Powell atau BP. Baden-Powell dilahirkan di bandar London, England pada 22 Februari 1857, dan meninggal dunia pada 8 Januari, 1941. Bapa Baden-Powell bernama Reverend H.G. Baden-Powell adalah seorang mahaguru di Universiti Oxford, London, England. Ibunya ialah anak kepada Laksamana British bernama William Henry Smyth.

Sewaktu Baden-Powell berusia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana. Pada zaman persekolahan Baden-Powell banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolahnya seperti berlakon, menyanyi dan menembak. Dalam masa cuti sekolah Baden-Powell bersama-sama tiga orang abangnya selalu pergi mengembara berjalan kaki berkhemah, belayar dan berperahu. Setelah berjaya dalam peperiksaan tentera, BP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan mula berkhidmat dalam tentera di India dan Afghanistan dalam tahun 1876, kemudian ke Natal (Zululand) dan Malta sebagai penolong Setiausaha Tentera.

Beberapa tahun kemudian beliau dihantar bertugas di Afrika Barat untuk menamatkan satu peperangan di Ashanti, Ghana. Di situ beliau digelar KANTANKYE yang bermaksud Topi Besar. Dalam peperangan Baden-Powell sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan musuh hinggakan beliau digelar IMPEESA yang bermaksud Serigala yang tak pernah tidur. Dalam tahun 1897, BP dinaikan pangkat menjadi Kolonel dan ditempatkan di India untuk memimpin Dragoon Guard ke 5. Beliau telah memberi hadiah kepada askar-askar yang menunjukkan kebolehan yang baik dengan satu lencana bergelar SCOUTS (Peninjau).

Dalam tahun 1899 Baden-Powell pulang ke England membawa sebuah buku yang dikarangnya semasa di Kashmir berjodol Aids To Scouting. Buku itu mengandungi kisah peninjauan di India. Tidak lama kemudian, Baden-Powell telah dihantar ke Afrika Selatan untuk menambahkan dua rejimen askar berkuda untuk mempertahankan sempadan British dari serangan orang Boer iaitu puak keturunan pendatang Belanda. Orang-orang British telah mengepung bandar Mafeking, iaitu sebuah bandar jajahan British, dengan itu mencetuskan satu peperangan besar yang dinamakan Peperangan Boer. Dalam peperangan itu, Baden-Powell hanya mempunyai seramai 1,000 orang askar berbanding dengan 9,000 orang Boer. Dengan tipu helah, beliau meletakkan periuk api pasir dan papan tanda BAHAYA sehingga beliau telah berjaya memperdayakan orang-orang Boer.

Beliau telah menggunakan budak-budak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya Baden-Powell berjaya memenangi peperangan itu. Di atas kemenangan itu, beliau telah dinaikkan pangkat Mejar Jeneral ketika berumur 43 tahun, pegawai yang termuda menerima pangkat itu. Selepas perang Boer, Baden-Powell diarahkan menubuhkan pasukan polis Afrika Selatan dan dilantik sebagai Jeneral Tentera Berkuda. Beliau menjadi Jeneral pasukan tentera Simpanan ketika berumur 50 tahun.

Setelah bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21 orang budak-budak turut serta dalam perkhemahan itu. Baden-Powell menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku "Aids To Scouting". Budak-budak itu dibahagikan kepada empat patrol. Mereka belajar dan berlatih cara berkhemah, memasak, memerhati, mengembara, berperahu, menyelamat nyawa dan mengesan jejak. Pada malamnya diadakan unggun api. Perkhemahan di Pulau Browsea berjaya dan amat diminati oleh budak-budak yang menyertainya.

Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul "Scouting For Boys". Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di Pulau Browsea. Buku itu telah memikat hati budak-budak. Dengan itu wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakap berkembang di England dan merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di seluruh dunia.

Sejarah Pengakap Malaysia


Pada tahun 1910, seorang peneroka pengakap dari London bernama F.C. Sands datang ke Singapura dan menubuhkan dua pasukan untuk anak-anak Inggeris. Pada tahun 1919, Kapten N.M. Hashim dan A.Z. Alsajoff telah menubuhkan pasukan pengakap untuk budak-budak Melayu yang berbahasa Inggeris di Singapura.

Negeri-negeri Melayu yang mula-mula menubuhkan pasukan pengakap ialah di Pekan, Pahang oleh G.M. Laidlow. Pada tahun 1915, pergerakan pengakap ditubuhkan di Pulau Pinang oleh seorang ahli pendidik, iaitu H.R. Chessman di Penang Free School.

Pada tahun 1922, pergerakan pengakap ditubuhkan di Perak oleh I.R. Wheeler di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Di Melaka dan Negeri Sembilan ia ditubuhkan oleh Brunstone, di Selangor oleh Ameen Akhbar, di Terengganu oleh A.J. Gracle pada 1927, di Kelantan oleh Y.M. Tengku Ahmad Temenggong dan di Johor oleh Chessman pada 1928 di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) Pada tahun 1931, pergerakan pengakap ditubuhkan di Perlis. Sabah pula menubuhkan pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sarawak pada tahun 1915.

Sebelum perang dunia kedua, Persekutuan Budak-budak Pengakap Tanah Melayu meliputi semua negeri. Selepas perang dunia kedua, pergerakan pengakap di Malaya dan Singapura dimasukkan menjadi cawangan Persekutuan Pengakap Great Britian. Selepas merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-budak Pengakap Tanah Melayu menjadi ahli penuh dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, namanya telah ditukarkan kepada Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) dan keahliannya termasuk negeri Sabah, Sarawak dan Singapura.

Rumah BP yang terletak di Jalan Hang Jebat (Davidson Road), Kuala Lumpur merupakan Ibu Pejabat PPM. Ia telah dibuka secara rasminya pada 5hb Januari 1957 oleh Tuan Yang Teramat Mulia Sir Donald Macgillivray K.C.M.G., M.B.E. sempena menyambut perayaan ulang tahun ke-50 pengakap dunia.

Apa itu pengakap?

1) Organisasi Pengakap Sedunia diasaskan oleh Lord Baden Powell dengan tujuan membentuk orang-orang   muda yang berkeyakinan, berdaya maju dan berfikiran matang serta dapat memajukan negara pada masa depan kelak.

2) Pengakap seperti Kesatria pada zaman dahulu, bermaruah dan sedia mempertahankan negara.



Salam Pengakap

1. Menggunakan tangan kiri (salam antarabangsa) sesama pengakap di dunia untuk bersalam.
2. Menggunakan tangan kanan (salam di malaysia) bagi sesama pengakap beragama islam.

Hormat Pengakap

Tanda Pengakap
Hormat Pengakap
Persetiaan Pengakap


1) Ibu jari dan jari kelengkeng. Bermaksud yang kuat melindungi yang lemah.
2) 3 jari sebagai tanda pengakap dan bermaksud persetiaan pengakap.
3) a) Digunakan apabila menemui pengakap lain, sama ada dalam atau luar negeri, iaitu menandakan persaudaraan dan penghormatan.       
  b) Apabila menemui pemimpin, penolong pemimpin pengakap dan ketua patrol.
  c) Istiadat menaik dan menurunkan bendera.
   d) Dalam istiadat-istiadat menerima anugerah.



Pakaian Seragam Pengakap





Undang-undang Pengakap

Pertama ~ Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.
Kedua ~ Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan orang-orang yang dibawahnya.
Ketiga ~ Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.
Keempat ~ Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.
Kelima ~ Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.
Keenam ~ Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang.
Ketujuh ~ Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan.
Kelapan ~ Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan.
Kesembilan ~ Pengakap itu jimat dan cermat
Kesepuluh ~ Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.

LOGO PENGAKAP MALAYSIA



1) Pecahan tiga kelopak - Melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu: taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara.
2) Warna kuning, hijau dan merah-melambangkan unit-unit pengakap: kuning bagi Pengakap Muda dan merah bagi Pengakap Remaja.
3) Dua buah bintang pecah lima berwarna hijau pada kelopak kiri dan kelopak kanan- melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.
4) Ikatan hijau-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.
5) Lingkaran tali berwarna biru tua-melambangkan perpaduan rakyat Malaysia, iaitu agama Islam.
6) Warna kuning pada anak bulan dan bintang-menunjukkan warna diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
7) Bintang pecah 14(warna kuning)-melambangkan 14 buah negeri(termasuk Wilayah Persekutuan) terkandung dalam Malaysia.

LAGU RASMI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

http://www.youtube.com/watch?v=FJQdYdllB-A

-Lagu Rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia telah mula diperkenalkan pada tahun 2007 sempena perayaan menyambut 100 tahun kepengakapan di Malaysia. 

Lirik lagu 
Kami Pengakap Malaysia
Harapan nusa dan bangsa
Berikrar setia
Pada pertiwi tercinta
Melatih generasi muda
Menjadi insan yang berguna
Persetiaan pengakap
Teras dipegang bersama
Menolong orang setia masa
Menabur bakti di mana sahaja
Demi Tuhan, Raja dan negara
Berbudi, bersaudara
Taat, menurut perintah
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap Malaysia
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap, Pengakap Malaysia


Lagu
:
Hafiz Khamis
Lirik
:
Y. Bhg. Dato' Kaharudin Momin
Hj. Shukor bin Mohsin
Mohd Zaki Nurud-Din @ Nordin
Gubahan
:
Abdul Razak Abdul Rahman